Sakinah. Mawaddah. Rahmah.
=========================
Tiga hiasan utama dalam rumah tangga,
Tiada mereka, tiadalah indah,
Tidak terus hadir,
Tidak langsung ianya ada,
Di bina, di jemput dan di rayu minta dari Dia,
Proses yang panjang di jalan mujahadah.
Kadang tersungkur di lopakan nafsu.
Kata dia,
Sakinah itu ketika kau melihat kekurangan pasangan, kau mampu untuk menjaga lisan dari mencelanya. Kau tenang. Setenang Sakinah.
Mawaddah pula ketika kau melihat kekurangan pasangan, kau mampu menjaga lisanmu malah mampu memilih untuk memejamkan sebelah mata atas kekurangannya. Dan kau tahu apa yang lebih hebat? Kau juga mampu membuka luas sebelah mata lagi untuk fokus kelebihannya.
Sambung dia lagi,
Rahmah pula, bagaimana hati kau mampu berdamai dengan takdir Tuhan, jiwa penuh kasih sayang dan pengertian bahawa kekurangan pasanganmu itu ternyata adalah ladang pahala buatmu. Sebesar hati yang penuh rahmah.
Tak mungkin bertemu Mawaddah andai tidak di buka pintu Sakinah. Dan mustahil kau ketemukan gerbang Rahmah andai belum lepasi tembok Mawaddah.
Berantai kait setiap satunya.
Namun manis jika hati berpaut kepada Dia.
Ah,
Indah di baca
Sulit di amal.
Hanya saja Allah izin dan pilih kita untuk kekal di jalan mujahadah ini. Kerna, sungguh, nikah itu adalah ruang ibadah paling panjang dan lama. Panjangnya kerana sebuah sabar, lamanya kerana sebuah redha.
Surah Ar-Rum : Ayat 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
🔰🔰🔰
Show more ...