cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

SarahCikguSejarah

Setiap persoalan, kemusykilan, pertanyaan,blh direct PM @PnSarahNoor

Show more
Malaysia23 665The language is not specifiedEducation43 641
Advertising posts
2 343Subscribers
+124 hours
+97 days
+730 days
Posts Archive
localingual.com - Here you can listen to the anthems of different countries. The site is presented as a map of the world. By clicking on any country, in the field on the right you will find not only the anthem of the selected country, but also audio with the voices of people who say serious and not so serious phrases in their native language.
Show all...
1
Hari ini 112 tahun yang lalu, kapal RMS Titanic melanggar aisberg sebelum tenggelam ke dasar Laut Atlantik.. Titanic merupakan kapal terbesar & tercanggih ketika itu, dibina oleh syarikat perkapalan British terkemuka White Star Line & direka untuk menjadi kapal persiaran mewah terunggul dengan kemudahan hotel terkemuka. Dilancarkan pada 1911, Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England pada 10 April 1912 membawa lebih 2,200 penumpang & anak kapal. Sebahagian besar daripada penumpangnya adalah orang kaya & ternama. Pada malam 14 April, Titanic melalui kawasan di utara Laut Atlantik yang terkenal dengan aisbergnya. Walaupun mendapat amaran daripada kapal lain berdekatan, Titanic berlayar pada kelajuan penuh & tak sedikit pun memperlahan. Sekitar jam 11.40 malam itu, peninjau mengesan aisberg besar betul-betul di laluan Titanic. Kru cuba mengelak dengan membelokkan kapal, namun segalanya sudah terlambat. Bahagian tepi badan Titanic melanggar aisberg tersebut & menyebabkan kerosakan teruk. Air masuk ke bahagian bawah kapal & perlahan-lahan menarik kapal itu ke bawah. Bot-bot penyelamat dilancarkan, namun tak mencukupi untuk menampung semua penumpang & kru. Dalam kekalutan, ramai terjun ke laut yang sejuk membeku lalu mati dek hipotermia. Dalam tempoh 2 jam 40 minit, Titanic tenggelam sepenuhnya. Kapal RMS Carpathia yang menerima isyarat kecemasan daripada Titanic hanya tiba beberapa jam kemudian, sekadar berjaya menyelamatkan lebih 700 mangsa. Selebihnya, sekitar 1,500 nyawa terkorban. Tenggelamnya Titanic mendorong perubahan drastik dalam peraturan keselamatan maritim, khususnya keperluan kapal membawa bot penyelamat yang cukup untuk kesemua penumpang & krunya, serta penambahbaikan sistem komunikasi. Titanic, kapal yang dianggap ‘takkan boleh tenggelam’ itu menjadi simbol keangkuhan & tragedi dahsyat dalam sejarah. Bangkainya hanya ditemukan pada 1985, lebih 70 tahun selepas ia bersemadi di dasar Laut Atlantik. Sumber: History, National Geographic #PeristiwaHariIni
Show all...
Calling all changemakers! The second cycle of the Southeast Asian Educational Innovation Awards (SEA EIA) has finally opened its call for nominations. This award is dedicated to recognizing exceptional efforts of educators and education personnel who have significantly contributed to improving teaching and learning practices in Southeast Asia. The theme for this cycle is “Innovative Human-Centered Learning for Future-Ready Schools”, underscoring the importance of prioritizing human-centric approaches in education and preparing schools to adapt to the evolving needs of the future. It emphasizes tailoring educational experiences and technology interventions to meet the diverse needs of students, fostering holistic development, and cultivating skills essential for success in an ever-changing world. Are you or is someone you know a visionary teacher or school head? Nominate them now to recognize their outstanding contributions to human-centered learning and future-ready education. Grant of the Award · Trophy of Recognition · Study visits in Southeast Asian countries to share ideas and innovative practices with other education workers · The study visits will be organized by SEAMEO INNOTECH in consultation with the Awardee and his/her organization · The travel grant(s) awarded should amount up to USD 3,000.00 to cover international travel, per diem and incidental costs · The report will be published by SEAMEO INNOTECH Check the eligibility and other details: https://www.seameo-innotech.org/sea-eia/ Visit the official FB page: https://www.facebook.com/innotech.seaeia/ Make sure to submit by June 30, 2024! Let's celebrate excellence in education together! -------------------------------- Inquiries: Email: [email protected], [email protected] Tel No.: +632 8924 7681 to 84 loc. 159 Direct Line: +632 8926 44 76
Show all...
Hari ini 1,056 tahun yang lalu, putera & penyair Arab, Abu Firas al-Hamdani, mati dibunuh. Nama penuhnya Al-Harith ibn Abi’l-ʿAlaʾ Saʿid ibn Hamdan al-Taghlibi, lahir sekitar 932/933, mungkin di Mosul, Iraq. Berbangsa Parsi, Abu Firas merupakan ahli dinasti Hamdaniyyah yang mentadbir utara Iraq & Syria di bawah Empayar Abbasiyah. Ketika usianya 2/3 tahun, bapanya Sa’id ibn Hamdan dibunuh oleh sepupunya Nasir al-Dawlah dalam perebutan kuasa memerintah Mosul. Abu Firas dibawa ibunya berpindah ke Aleppo di mana beliau dibesarkan di bawah perlindungan & tunjuk ajar sepupunya Emir Aleppo Sayf al-Dawlah - adik kepada Nasir al-Dawlah.  Selain pahlawan terkenal, Sayf al-Dawlah juga mashyur sebagai penaungannya terhadap ilmuan & penyair. Minda-minda terhebat dunia Islam dihimpun di Aleppo, seperti ahli falsafah & pemuzik al-Farabi, pendakwah Ibn Nubata & penyair ulung al-Mutannabi. Abu Firas membesar dalam suasana penuh budaya, menjadi pemimpin terbilang dalam kerajaan Hamdaniyah termasuk sebagai gabenor Manbij di persempadanan Empayar Byzantine (kemudian Harran juga diletak bawah pentadbirannya) & menyertai beberapa kempen ketenteraan menyerang wilayah Byzantine. Pada 962, Byzantine menyerang Manbij & Abu Firas ditangkap & menghabiskan masa di dalam penjara di Constantinople selama beberapa tahun. Ketika tempoh ini Abu Firas menghasilkan karya-karya puisi terulungnya, koleksi dikenali sebagai “Al-Rumiyyat.” Lepas dibebaskan pada 966, Abu Firas dinamakan sebagai gabenor Homs. Tapi tak lama lepas beliau dibebas, Sayf al-Dawlah meninggal dunia & emiriah Hamdaniyyah di Aleppo berantakan. Tercetus perselisihan dengan anak saudaranya Sa’d al-Dawlah pewaris takhta Aleppo lalu Abu Firas melancarkan pemberontakan yang berakhir dengan kematiannya pada 4 April 968. Abu Firas merupakan antara sosok terulung dalam sastera klasik Arab dianggap sebagai penyair agung Arab yang terakhir. *Gambar: Representasi moden Abu Firas pada setem pos Syria tahun 1963. Sumber: Message International, Pantheon.World  #PeristiwaHariIni
Show all...
Hari ini sekitar 719 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Osman Gazi, pengasas Dinasti Uthmaniyah, meninggal dunia. Lahir sekitar tahun 1258 Masihi di Sogut, Osman merupakan anak kepada Ertugrul, penghulu (bey) puak Kayi dari bangsa Turk Oghuz yang bergerak di bawah perintah Empayar Seljuk. Beliau mengambil alih peranan bapanya selepas Ertugrul meninggal dunia pada 1280M. Osman pantas mengembangkan wilayah jajahannya dengan menakluk penempatan-penempatan kecil di bawah kuasa Byzantine merentas Anatolia. Pada 1298M beliau menawan Yarsihar, kemudian Bilecik, di mana beliau memindahkan pusat pentadbirannya. Ketika itu wilayah Seljuk telah pun terpecah susulan kekalahan kepada Mongol pada 1293M. Osman mengisytihar kemerdekaan beylik (kerajaan kecil)nya & menakluk wilayah Inegol pada 1299M. Menurut legenda, nama Osman disebut dalam khutbah Jumaat di istana Karacahisar pada tahun itu sebagai kenyataan pertama kedaulatan & kekuasaannya. Peristiwa ini umum dianggap sebagai detik kerajaan Uthmaniyah diasaskan. Tahun sama, Osman cuba menawan Nicaea (hari ini Iznik), kota penting Byzantine di barat laut Anatolia. Namun dek keampuhan tembok pertahanan kota itu, misi Osman gagal selepas 2 tahun mengepungnya (ia kemudian berjaya ditakluk pada 1330M). Beliau mengalihkan tumpuannya untuk menakluk Prusa (hari ini Bursa), juga berdepan kesukaran apabila kota itu mendapat bekalan terus dari Constantinople (ibu kota Byzantine). Pengepungan bermula 1308M berlanjutan selama lebih sedekad hinggalah pelabuhan utama Prusa ditawan Osman. Prusa akhirnya berjaya ditawan pada 1326M, ketika itu takhta telah diserahkan kepada anaknya Orhan Ghazi apabila beliau tak mampu lagi memimpin ekoran sakit gout yang dihidapi selama beberapa tahun. Diriwayatkan, Osman menghembuskan nafas terakhirnya selepas mendengar berita kejayaan di Prusa. Jasadnya dikebumi di Sogut sebelum dipindahkan ke Prusa mengikut wasiatnya. Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan berkembang menjadi salah satu empayar paling berkuasa dalam sejarah yang menjangkau 3 benua & berdaulat selama lebih 500 tahun. Sumber: AA, World History Encyclopedia #PeristiwaHariIni
Show all...
Iklan Kekosongan Jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48 Dan Pensyarah Gred DG44 Di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH) Kementerian Pendidikan Malaysia
Show all...
Sy jual RM20 shj
Show all...
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 6 TAHUN 2024: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2024.
Show all...
HEBAHAN MENGENAI BENGKEL BERTAJUK ‘EMPOWERING PRIMARY EDUCATORS: HEURISTIC PROBLEM SOLVING IN MATHEMATICS’ Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan mengendalikan bengkel bertajuk ‘Empowering Primary Educators: Heuristic Problem Solving in Mathematics’. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr. Fong Ho Kheong, pakar matematik dari Singapura pada 22 – 26 April 2024, di SEAMEO RECSAM. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme guru-guru dalam bidang matematik menggunakan kaedah heuristic. 3. Sehubungan dengan itu, pihak SEAMEO RECSAM ingin menjemput para pendidik/guru matematik sekolah rendah/jabatan yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, pihak yang berminat boleh menghubungi Puan Shalaneeswary Muniandy di talian +604-6522752, e-mel [email protected] atau Puan Noraini Daud ditalian +644-6522741, e-mel [email protected]. Bersama-sama ini disertakan sesalinan risalah bengkel untuk rujukan dan pendaftaran permohonan. Sekian, terima kasih. Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Malaysia
Show all...
Webinar Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 mata pelajaran Sains Tahun 2 Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu) Masa: 2.00 – 4.00 petang Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=6Hj6NBWaFNM Sasaran: Guru Sains Tahun 2 Webinar Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 mata pelajaran Matematik Tahun 2 Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu) Masa: 2.00 – 4.00 petang Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=gjY84B8y2OM Sasaran: Guru Matematik Tahun 2 Webinar Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 mata pelajaran Sains Tahun 3 Tarikh: 21 Mac 2024 (Khamis) Masa: 2.00 – 4.00 petang Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=wWZ3Kzc43DM Sasaran: Guru Sains Tahun 3 Webinar Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 mata pelajaran Matematik Tahun 3 Tarikh: 21 Mac 2024 (Khamis) Masa: 2.00 – 4.00 petang Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=RDk5EcoLvFU Sasaran: Guru Matematik Tahun 3 Pembantu Pendidik @inculkate
Show all...
Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI
Show all...