cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

INFIRU ! 🌸

Nota biceps💪 💪 'Hidup ni tak mudah . Tapi kepayahan tu lah yang membuatkan kita terus kuat dalam menghadapi cabaran'

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
852Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Tekanan Perasaan, Depresi, Bipolar Disorder, Ketagihan Dadah/Maksiat, Anxiety Disorder, Kemurungan dan pelbagai lagi masalah-masalah berkaitan mental semakin hari semakin bertambah dan dilihat sebagai masalah yang membimbangkan di zaman moden ini dengan Media-media melaporkan sebanyak 266 kes bunuh diri sepanjang PKP di Malaysia. Apakah inisiatif yang boleh diambil dalam tekanan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar ini? Jom daftar Seminar di atas 🤗
Show all...
Di akhirat nanti tiada sesiapa pun yang dapat menolong kita. Pada masa itu baru kita tahu betapa besarnya nilai selawat kepada RasuluLlaah ﷺ, kerana RasuluLlaah ﷺ adalah pemberi syafaat buat kita. Mahukan syafaat, perbanyakkan selawat. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد -TG Syeikh Muhd Zainul Asri- @Infiru
Show all...
Ya Allah, cucurilah rahmat-Mu, ampunilah segala dosanya dan himpunkan dia di kalangan kekasih-kekasih-Mu. Takziah buat Guru Mulia Habib Ali Zaenal Abidin hafizaHULLAH dan seluruh ahli keluarganya.😭😭😭
Show all...
ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH "PHD HOLDER". Belakangan ini, tular satu poster yang berkait dengan satu seminar "sunnah" (tidak perlu disertakan poster dalam post ini, sebab benda sudah tular) dan lebih mengagumkan kesemua panel pemegang PhD. Kita semua kenal barisan asatizah ini, kerana pendapat yang mereka kemukakan hampir kesemuanya bertentangan dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah¹ (ASWJ) sehingga menimbulkan kontroversi. Kadang-kadang bila seseorang itu mengemukakan hujah mengatakan jangan hadir atau jangan ikut penceramah ini kerana mereka tidak mengikut aliran ASWJ, orang awam akan tertanya-tanya siapakah yang patut kami menuntut ilmu, sedangkan mereka (di dalam poster) merupakan "PhD holder". Di sini kita berterima kasih kepada mereka kerana telah membuka fikiran kita dan perlunya pendidikan dalam bidang akademik lebih lagi di peringkat Doktor Falsafah, PhD. Seperti yang kita sedia maklum, para ulama kita sebenarnya tidak perlu pun sijil akademik kerana mereka merupakan 'polymath' iaitu seseorang yang mengusai pelbagai ilmu. Sebab ada saja ulama tidak perlu PhD, tapi karya mereka digunakan dalam kajian PhD, seperti Sheikh Abu Hassan Ali An-Nadwi. Sekarang ini, dalam konteks orang awam yang berkeinginan untuk belajar ilmu agama. Kebiasaan mereka akan mencari yang berpendidikan akademik kerana bagi mereka lebih "trusted" dan bukan mudah untuk menempuh perjalanan sehingga ke peringkat PhD. Walau bermacam-macam hujah kita berikan kepada orang awam, bagi mereka pemegang PhD ini sudah sampai peringkat yang tertinggi dalam pengajian. Bagi mereka yang mengikut pendidikan secara tradisional atau selalu melazimi asatizah aswj, mereka tahu membezakan mana satu kaca, mana satu permata. Sebenarnya ramai sahaja dari kalangan ulama ASWJ yang merupakan pemegang PhD, cuma mereka ini kurang menonjol berbanding dengan para asatizah "sunnah" ini. Antara pusat para cendekiawan Islam iaitu di Jamiah Al-Azhar, para masyaikh di sana merupakan pemegang Phd dan ada yang sudah sampai tahap Professor seperti Sheikh Ali Jumuah, Sheikh Usamah, Sheikh Ahmad Tayyib dan para masyaikh Al-Azhar lain. Di Yaman seperti para masyaikh di Universiti Al-Ahgoff; Abuya Prof. Al-Habib Abdullah Bin Muhammad Baharun dan masyaikh Al-Ahgoff lain. Tidak lupa juga Sheikh Dr. Abu Bakar Al-Adeni Bin Ali Al-Masyhur penyusun kitab Fiqh Tahawwulat. Di benua Eropah dan Amerika pula seperti Sheikh Prof. Dr. Abdul Hakim Murad @ Timothy Winter (Universiti Cambridge), Dr. Umar Faruq Abdullah dan Dr. Gibril Fouad Haddad An-Naqsyabandi. Kita juga tidak ketinggalan ulama yang telah meninggalkan kita namun hasil mereka tetap dipakai dan dibuat kajian seperti Abuya Prof. Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dari Mekah, Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Butī, Sheikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, Sheikh Prof. Dr. Nuruddin Itr dari Syria. Malaysia? Ya, di antara asatizah ASWJ pemegang Phd seperti Tan Sri Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas berserta murid-murid beliau, Prof. Dr. Sayyid Abdul Hamid Al-Mahdaly, Dr. Azmil Zainal Abidin (Akidah), Dr. Wan Adli (Akidah), Dr. Khafidz Soroni (Hadith), Dr. Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil (Fiqh), Dr. Ahmad Al-Yamani dan ramai lagi². (maaf sebab tidak mampu menyatakan secara satu per satu nama asatizah tanpa mengurangkan sedikit rasa hormat saya dengan mereka)³. Mufti-mufti dan bekas mufti seperti Dr. Luqman Tuan Guru Hj Abdullah (Wilayah Persekutuan), Dr. Abdul Rahman (Mufti Pahang), Sheikh Dr. Baderuddin (Bekas Mufti Kedah), Dr. Noh Gadut (Bekas Mufti Johor). Tidak lupa dari keluarga al-akiti iaitu Dr. Afifi Al-Akiti (ulama Melayu pertama berkhidmat di Universiti Oxford) dan Dr. Ayman Al-Akiti ( Pensyarah UIA dan Melayu pertama lulus Phd di Universiti Qarawiyyin). Sebenarnya ramai saja ulama ASWJ pemegang Phd cuma mereka tidak berapa menonjol di media sosial akan tetapi ada juga klip video mereka bagi mereka yang mencari. Di sini kita lihat ulama ASWJ disamping menumpukan pengajian secara tradisional dalam waktu yang sama mereka juga menumpukan pengajian secara akademik.
Show all...
Semoga Allah ﷻ merahmati para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan memudahkan urusan para asatizah yang sekarang ini berusaha menyiapkan kertas penyelidikan ilmiah dalam usaha menjadi asbab dakwah kerana Allah ﷻ. Semoga kita pun turut bersemangat mencapai peringkat tertinggi dalam bidang akademik dan mampu menyeimbangi pendidikan tradisi. "Kita sibuk menyediakan hujah tulisan di media sosial, sedangkan mereka sibuk menyiapkan thesis mereka untuk mereka mendapat pengiktirafan". Kg. Seberang Benoni, Papar Sabah 12.12.2020 _ ¹ Seperti yang kita sedia maklum negara kita mengamalkan Islam yang mengikut acuan ASWJ. Secara mudahnya, ASWJ ialah mengikut akidah yang disusun mengikut Al-Asyairah dan Maturidiah, Fiqh mengikut imam Mazbah fiqh yang empat dan bertasawwuf mengikut Imam Ghazali dan Imam Junaid Al-Baghdadi. Bacaan lanjut, Tajuk: Ahl Sunnah Wal Jammah, Asha'rah dan Al-Asy'ari: Satu Pengenalan. Disediakan oleh dua orang pensyarah di UM (Dr. Fauzi Hamat) dan Unisza (Dr. Rashidi Wahab). http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/73-jurnal/2161-jurnal-penyelidikan-islam-bilangan-30-tahun-2018 ² Ramai lagi saya tidak sebutkan disini seperti para alumni Darul Mustofa, Deobandi, pondok tradisional dan lain-lain manhaj pendidikan yang mengikut acuan ASWJ. Memadai beberapa orang asatizah sahaja. ³ Tanpa mengurangkan sedikit rasa hormat dan ta'zim saya terutama sekali para pensyarah saya di UM. Saya mohon maaf sekiranya kurangnya adab saya. - Ag Muhd Zaim-
Show all...
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Jurnal Penyelidikan Islam Bilangan 30 Tahun 2018

JAKIM - MELEBAR RISALAH MENYANTUNI UMMAH

Hukum main darbuka
Show all...
FESTIVAL MAULIDURRASUL BAITUSSAADAH 1442H ❤️ https://www.facebook.com/Baitussaadah/videos/2766549013558179/
Show all...
Baitussaadah

Baitussaadah is live now.