cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Si Pencari Cinta

Disebabkan Permainan Cinta Seorang Insan , Engkau Lupa Akan Erti Cinta Sebenar . Si Pencari Cinta Sebenar .

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
386Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Pencinta Rasulullah ﷺ ❤ "Ramai yang jaga solat mereka, ramai yang berpuasa, ramai yang simpan janggut, ramai yang pakai serban tapi menyedihkan amatlah sedikit mereka yang jaga akhlak mereka." 🍃 _Maulana Tariq Jameel_ 🍃 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Perbanyakkan berselawat 💕 - Akhi Muz - t.me/pencaricintahakiki
Show all...
Assalamualaikum semua moga semua sihat saja dan dimurahkan rezeki slalu amin ☺️
Show all...
Bismillahirahmanirrahim.... doa saya untuk semua sahabat dan diri saya... semoga Allah menerima kita dengan penuh kasih sayang, menerima taubat kita dengan penuh kecintaan, menerima pengakhiran kita dengan penuh kegembiraan, melindungi kita tatkala di alam barzakh dengan kemurahan-Nya, membangkitkan kita dari tulang sulbi dengan cinta-Nya, lantas terlindung daripada sebarang seksa dan dugaan ketika mahsyar kita pijak dengan matahari sejengkal cuma di atas kepala, bahawa tatkala melintas titian sirat, kita melintasnya sepantas kilat dan menyertai orang-orang yang diredhai Allah dalam syurga yang berhias raudhah jamilah (taman indah), juga dengan harapan mampu menyelamatkan orang-orang yang kita kasihi dan cintai di dunia hanya kerana-Nya... Aamiin ya rabbal alamiin... #selamat_malam #salam_kemaafan #mogaAllahredha ☺🌹🍃
Show all...
Jauhi akidah mujassimah dan musyabihah, yakni akidah yang menjisimkan Allah dan menyerupakan Allah dengan makhluk. Akidah kita yakni Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menyucikan Allah dari penyerupaan dengan segala makhluk. Allah tidak sama dengan makhluk. Allah menciptakan makhluk tetapi Allah tidak berhajat kepada makhluk. Allah menciptakan jisim yang besar seperti gunung dan arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada gunung dan arasy. Allah menciptakan jisim yang kecil seperti semut dan habuk tetapi Allah tidak berhajat kepada semut dan habuk. Allah menciptakan jisim yang kasar seperti kayu dan batu tetapi Allah tidak berhajat kepada kayu dan batu. Allah menciptakan jisim yang halus seperti cahaya dan kegelapan tetapi Allah tidak berhajat kepada cahaya dan kegelapan Allah menciptakan tempat, tetapi Allah tidak berhajat kepada tempat, Allah menciptakan arasy, tetapi Allah tidak berhajat kepada arasy, maka Allah tidak menempati di atas arasy kerana Allah wujud tidak bertempat. Kata seorang sahabat Rasulullah yang alim, Saydina Ali Karamallahu wajhah, mafhumnya, "Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaannya dan bukan menjadikan ia arasy sebagai menempatkan zat-Nya. Kata seorang Ulama salaf Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, mafhumnya, "Maha suci Allah dari ukuran, batas-batas akhir, sisi-sisi, anggota besar mahupun anggota kecil, dan tidak diliputi arah yang enam seperti seluruh makhluk-Nya. Allah wujud tidak bertempat الله موجود بلا مكان
Show all...
🌸بسم الله الرحمن الرحيم 🌸 💚اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم💚 🌼💕🌼💕🌼💕🌼💕🌼 🍃Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.. 🍃"Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh." *Saidina Umar Al-Khattab.* ☺💗🕊
Show all...
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Sunat Enam Syawal عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih Pengajaran : 1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan. 2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. 3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat Syawal boleh bermula pada dua hari raya eidil fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga 30 hb syawal. 30hb Jun 2017 06hb Syawal 1438H
Show all...
DOA@ZIKIR YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN  PADA 10 MALAM TERAKHIR للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni Mafhumnya: Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau meredhai@mengasihani orang yang meminta maaf, Maka maafkanlah aku..
Show all...
Pencinta tanpa syaratku Minggu ini, bulan ini, tahun 2017 ini, adalah saat dimana para remaja graduasi busy menjalani interview, ujian medsi bagi mendapatkan tempat melanjutkan pengajian termasuklah diri ni haaa... Sampai sahaja kat U , kalut la uruskan semua benda.. Ha kelam kabut la, bawa keluar segala dokumen, file², gambaq pasport, lampiran diri semua bg lengkap.. Alhamdulillah diri ni selamat jalani interview.. Ketaq ni jgan tnya laaa... Yg penting, settle.. Now berdoa dan tawakal.. InsyaAllah ada rezeki, ada tempat untk diri ni.. Doakan ya rakan rakan.. AMIN.. Hati ni terdetik la sikit.. Dlam suasana riuh rendah, dpat la perati keadaan sekeliling smbil tgu turn nak kena iv.. Tersedaq,ramai para pelajar ditemani ibu bapa.. Para bapa sibuk berada di bawah buat geng kedai kopi manakala para ibu pula setia disisi anak² untk bntu isi borg, keluarkan file, pegang beg, bg nasihat dll.. Abah dan ma juga setia menemani aku disana, memberi semangat dan menunjukkan diri ni tak keseorgan.. Andai satu dunia menentang, aku ada abah ma aku.. Terima kasih ALLAH kerana kurniakan mereka, pencinta tnpa syaratku.. Bg anak² diluar sana, cintailah dan sygilah pencinta tnpa syaratmu.. Andai berada disisi, hargailah setiap saat bersama dan andai sudah dijemput Ilahi, jdilah anak soleh solehah, agar dpat membntu mereka disana.. Semoga kita semua menjadi anak soleh solehah dunia akhirat semua.. #awesomegirl #alhamdulillah
Show all...
✴Tazkirah Kematian Abu Hurairah mengatakan bahawa ada seseorang yang pernah datang kepada Nabi s.a.w seraya berucap, "Apa yang menyebabkan aku membenci kematian?" "Apakah kamu mempunyai harta?" tanya beliau. Orang itu menjawab, "Ya" "Nafkahkanlah hartamu itu, kerana hati seorang mukmin itu selalu terikat oleh hartanya. Jika harta itu diinfakkan, bererti dia lebih suka untuk mendapatkan kematian itu; jika harta itu ditangguhkan infaknya, bererti dia lebih suka untuk menangguhkan kematian itu" [HR Abu Nu'aim] [Ziarah Ke Alam Barzakh - al-Imam Jalaluddin as-Suyuti] @medandakwah
Show all...
Di Syurga ada satu pintu yang dinamakan Al-Rayyan Tiada yang memasukinya melainkan orang berpuasa. Semoga kita dikalangan ahli syurga Al-Rayyan. 💕 #RamadanKareem1438H @medandakwah
Show all...
Bagaimana nak tahu kita ini dah jauh dari Allah swt? 1⃣ Lihat solat kita- Adakah kita berkira-kira untuk solat 5 waktu. Bertangguh-tangguh sehingga saat akhir atau tertangguh hingga tidak buat? 2⃣ Lihat bagaimana keutamaan waktu kita- Adakah solat lebih utama atau layan FB/IG 2-3 jam itu paling utama? 3⃣ Lihat kualiti solat kita- Adakah kita buat dengan sangat khusyuk/ fokus sehingga kita dengar setiap bacaan kita atau kita terlupa berapa rakaat dah solat kita? Adakah ia tergesa-gesa janji ada? 4⃣ Lihat hidup kita- Adakah kita bangun sebelum suboh solat sunat atau kita langgar tidak solat setiap pagi? 5⃣ Lihat hidup kita- Adakah ia buat Allah swt gembira atau tidak berapa nak gembira? Lihat kita duduk bersama orang yang ingat Tuhan atau jauh juga dariNya. Aurat kita, adab tutur bahasa kita, adakah kita sedikit sedikit marah? Atau kita sangat sedikit marah, boleh dikira setahun sekali - dua sahaja, bukan setiap hari dua puluh kali. 6⃣ Lihat berapa kerap kita pegang Quran dan membacanya? 7⃣ Lihat berapa kerap kita buat amalan2 sunat? 8⃣ Lihat masa kita dihabiskan untuk apa dan siapa? 9⃣ Lihat hidup kita rasa tenang atau sebaliknya tidak tenang 🔟 Lihat kasih sayang dalam keluarga- itu tanda nyata. Astagfirullahalazim😔 *#PesanOstad* *#IngatanBuatDiri*
Show all...
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻 ✍🏿 Muhasabah Hati ... *🌹Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan terhiris ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi._ *🌹Tidak mudah bangkit dalam keadaan tersungkur ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita semakin berani dan kuat._ *🌹Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita boleh membahagiakan orang lain._ *🤓Bukan sekadar membahagiakan diri sendiri._* *🌹Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan di hina ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah kalau itu akan jadi sebahagian dari penyucian jiwa. Dan ikhlas hanya mengharap redho Illahi_ *🌹Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berada didalamnya ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita_ *🌹Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya_ *🌹Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat_ *🌹Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera hati ,* _👆🏼Tapi akan terasa indah ketika ia melahirkan kesabaran dan kesyukuran. Dan menyedari itu sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya..._ ... Mengikhlaskan sesuatu yang kita inginkan memang tidak mudah. Tapi tidak ikhlas itu jauh lebih susah. Ikhlaskan , maka Allah akan mengganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang kita perlukan. 🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻
Show all...
Izza izatul Izara: 🌸بسم الله الرحمن الرحيم 🌸 💚اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم💚 🍂🦋🍂🦋🍂🦋🍂🦋🍂 🍃Sesungguhnya walau di kutip Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau di siram Dengan air hujan dari tujuh langitNYA Namun cinta tak kan hadir Rindu tak akan berbunga Jika tidak mengharap rahmatNYA Jika tidak menagih simpati padaNYA.. 🍃Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku kurniakanlah rinduku kepada Mu Moga ku tahu Syukur ku hanyalah milik Mu.. #salam10ramadhan #salamsubuh #selamatmenjalankanibadahpuasa ☺💗🕊
Show all...
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ Dari Abu Dzar RA bahwa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, " lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (HR. Ahmad No: 20530) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1. Rasulullah adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa. Ia juga adalah amalan para Nabi. 2. Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka. 3. Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya. 4. Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit: تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً "Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (HR Bukhari) Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 – 15 minit sebelum subuh). ‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199) 05hb Jun 2017 10hb Ramadan 1438H
Show all...
ukhti widya: Muslim.Or.Id: Umar bin Khoththob radhiallahu 'anhu berkata. تعلموا العربية فإنها من دينكم "Pelajarilah bahasa Arab, karena itu bagian dari agama kalian. "
Show all...
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir walau betapa empuknya pasir itu. - Pepatah Arab- @medandakwah
Show all...
Sebelum menyuruh orang yang menangis berhenti menangis, suruhlah orang yang memukul berhenti memukul terlebih dahulu. - Hasan al banna- @medandakwah
Show all...
ASSALAMUALAIKUM SENTIASALAH INGAT ALLAH AGAR HATI MENJADI TENANG Hidup orang yang ingat kepada Allah itu, adalah hidup yang sederhana. Tidak banyak keperluan dan tidak banyak kemahuan. Hidup mereka, adalah hidup didalam keadaan bersyukur. Hidup dalam selalu berterima kasih, senang, tenang, aman dan damai hatinya. Orang yang ingat kepada Allah itu, hatinya sentiasa menaruh atau tersimpan perasaan sabar dan selalu berserah diri kepada Allah... Ingat kepada Allah itu, adalah menjadi sendi dan nadi orang makrifat. Ingat kepada Allah itu, menjadikan suatu daya tarikan, daya pengerak atau daya pendorong untuk kita terus bekerja dan terus berusaha dengan lebih gigih. Bukannya bertambah malas dan bertambah kurang usaha. Ingat kepada Allah itu, menjadi satu wadah kekuatan jiwa, ketahanan mental dan ketahanan fizikal tubuh badan...* Ingat kepada Allah itu juga boleh membawa kita kepada suatu tahap keyakinan dalam hidup, walaupun keyakinan itu, berkeseorangan tanpa sokongan atau bantuan dari orang lain... ORANG ORANG BERIMAN ITU MENJADI TENTERAM HATINYA DENGAN INGAT (ZIKIR) KEPADA ALLAH. KETAHUILAH BAHAWA HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI BOLEH MENJADI TENTERAM... (SURAH AR RA'D : 28.) Semoga ada manfaatnya...
Show all...
MALAM² DARIPADA RAMADHAN IALAH MALAM TANGISAN KITA KPD ALLAH SAW... Baginda Rasulullah SAW sendiri menangis, Para Sahabat juga menangis, Orang2 Soleh juga menangis, "Maka mengapa kamu tidak menangis WAHAI PEMILIK HATI YG KERAS !" _Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz_
Show all...
🔮Niat Puasa🔮 ➡Boleh dilakukan sekaligus iaitu berlafaz dan *dalam hati* ✅ *sah* jika kita niat dalam hati sahaja ❌ *tidal sah* jika lafaz niat sahaja tanpa menyebut dalam hati 🖌Niat puasa Ramadhan boleh dilakukan sebelum subuh manakala niat puasa sunat pula boleh dilakukan sebelum zohor #perkara kecik jahh,tapi ramai wat terlepas pandang
Show all...
🕌"Kalau kita selalu ingat DIA, DIA akan ingat kita dan bagi macam-macam pada kita. Jika kita kata Allah yang jauh, kita salah. DIA sentiasa dekat, kita yang sebenarnya pergi menjauh."🕋 @medandakwah
Show all...
*📖 KHATAM AL QURAN DI BULAN RAMADHAN* ♻ UNTUK (1) KALI KHATAM, JUMLAH YG DIBACA : 1. Solat Subuh 2 helai 2. Solat Zuhur 2 helai 3. Solat 'Asar 2 helai 4. Solat Maghrib 2 helai 5. Solat 'Isya 2 helai ♻ UNTUK (2) KALI KHATAM : 1. Solat Subuh 4 helai 2. Solat Zuhur 4 helai 3. Solat 'Asar 4 helai 4. Solat Maghrib 4 helai 5. Solat 'Isya 4 helai ♻ UNTUK (3) KALI KHATAM : 1. Solat Subuh 6 helai 2. Solat Zuhur 6 helai 3. Solat 'Asar 6 helai 4. Solat Maghrib 6 helai 5. Solat 'Isyak 6 helai ♻ SEBARKAN KEBAIKAN, Rasulullah SAW bersabda, ♻ " Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yg mengikuti KEBAIKAN tsb " (HR. Muslim, no. 1893). 📖 *Tadarus Ramadhan 1438* 📖 (شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) [Surat Al-Baqarah 185] 🌟❄🌟❄🌟❄🌟❄🌟❄🌟❄
Show all...
5 CARA MENDAPAT KHUSYU' DALAM SOLAT : 1. At-Tafahhum (التّفهّم)– faham akan makna bacaan-bacaan di dalam solat. 2. At-Tazim (التعظيم)– mengagungkan ALLAH ketika mengerjakan solat. 3. Al-Haibah (الهيبة)– berasa gerun dengan kehebatan ALLAH. 4. Ar-Raja’ (الرجاء)– sangat mengharapkan rahmat daripada ALLAH ketika mengerjakan solat. 5. Al-Haya’ (الحياء)– malu dengan ALLAH akan kelemahan diri untuk menyempurnakan ibadah solat. Semoga kita semua dapat sama-sama cuba mempraktikkannya bagi mendapatkan khusyu ketika mengerjakan solat. Mudah-mudahahan Allah menerima solat kita semua.
Show all...
┏💕🌿🌸━━━━━━━━━━━━┓ 🔮 *MUTIARA AL-QURAN* 🔮 ┗━━━━━━━━━━━━🌸🌿💕┛ ▶Firman Allah SWT 💕🌿🌸 _Sesiapa yang melakukan amalan soleh, maka ia adalah untuk kebaikan dirinya.. Dan sesiapa melakukan kejahatan, maka ia akan mendapat balasannya._ 🌿🦋(Surah Fussilat:46)🦋🌿 ▶Firman Allah SWT 💕🌿🌸 _Sekiranya kamu melakukan kebaikan, sesungguhnya kamu telah melakukan kebaikan untuk diri kamu.. Dan sekiranya kamu melakukan kejahatan, maka ia juga untuk diri kamu._ 🌿🦋(Surah Al-Isra:7)🦋🌿 ✨۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞✨ 💕🌹Mawar Merah🌹💕 @medandakwah
Show all...
BERPESAN PADA HATI.. Jangan sakiti hati orang.. Jangan aniaya hidup orang.. Jangan iri hati pada orang.. Jangan ada niat jahat pada orang.. *KERANA*.... Semuanya akan berbalik pada kita.. Balasannya tetap ada walaupun bukan didunia.. _*Tetapi diakhirat nanti*_🌹🌹Rs..
Show all...
Labuhkan lah tudung walau dalam keadaan terpaksa. Kadang wajib itu memang bersifat paksa. Dari keterpaksaan itulah engkau akan belajar erti ikhlas☺️
Show all...
Ibubapa tidak berdosa kerana maksiat yang dilakukan anak-anak jika mereka telah mendidik sejak kecil, mereka berdosa sekiranya tidak mendidik lalu anak-anak jahil dan melakukan maksiat. Anak-anak Nabi Nuh AS pun tidak beriman. Dr Shauqi Othman, IKIMfm, 9 Mei 2017@6:30 pagi Teringat kata-kata Tok Kenali: "anak-anak ini bukan kawalan kita, selepas kita didik mereka seterusnya terserah kepada Allah"
Show all...
Ramai yang menjadi Kekasih Allah dengan dosanya, mereka merasa hina dan sentiasa merintih dosanya. Ramai yang menjadi musuh Allah dengan amalnya. Mereka merasa mulia dengan amalannya. Walid Al-Malik
Show all...
:: *_A K H L A K Y A N G I K H L A S_* *_Mencari kebaikan di dalam keburukan orang lain, ini ialah AKHLAK._* *_Mencari keburukan di dalam kebaikan kita sendiri, ini ialah IKHLAS._* _Maulana Syamim dari Nizamuddin_ ::
Show all...
Pencinta Rasulullah ﷺ ❤ "Ramai yang jaga solat mereka, ramai yang berpuasa, ramai yang simpan janggut, ramai yang pakai serban tapi menyedihkan amatlah sedikit mereka yang jaga akhlak mereka." 🍃 _Maulana Tariq Jameel_ 🍃 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Perbanyakkan berselawat 💕
Show all...
The Prophet (peace be upon him) said: "A woman, from her pregnancy to the time of weaning her child is like one protecting the boundaries of the Islamic State; and if she expires during this period she attains the reward of martyrdom." #Hadith #ForSpouses @medandakwah
Show all...
Doa agar dapat akhlak yang baik. اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ “Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’ artinya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar. @medandakwah
Show all...
Semua orang pun boleh salah Diriwayatkan oleh Al-Asma'ie (wafat 216 H) bahawa ahli hikmah di zamannya pernah menyebut ; لِكُلِّ جَوَادٍ كَبْوَةٌ ، وَلِكُلِّ صَارِمٍ نَبْوَةٌ ، وَلِكُلِّ عَالِمٍ هَفْوَةٌ “Tiap kuda yang pantas mampu tergelincir, tiap pedang yang tajam bisa meleset dan tiap orang yang berilmu bisa tersilap.” [Mujalasah wa-jawahir al-'ilm, al-Dinawari] @medandakwah
Show all...
"Tanda cintanya Allah terhadap seseorang, Allah akan biarkan hatinya hancur berkali-kali. Sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini dan itu akan membuatkan dia punya harapan hanya untuk Allah sahaja." -Syeikh Abdul Qadir Jailani-
Show all...
Duduklah walau sejenak di majlis ilmu. Di dalamnya ada mengingati Allah ﷻ, memuji Rasulullah ﷺ Dan yang paling beruntungnya adalah curahan rahmat kasih sayang Allah ﷻ. Waallahu A'lam. 🍀🌺🦋
Show all...