cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Si Pencari Cinta

Disebabkan Permainan Cinta Seorang Insan , Engkau Lupa Akan Erti Cinta Sebenar . Si Pencari Cinta Sebenar .

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
386
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Pencinta Rasulullah ﷺ ❤ "Ramai yang jaga solat mereka, ramai yang berpuasa, ramai yang simpan janggut, ramai yang pakai serban tapi menyedihkan amatlah sedikit mereka yang jaga akhlak mereka." 🍃 _Maulana Tariq Jameel_ 🍃 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Perbanyakkan berselawat 💕 - Akhi Muz - t.me/pencaricintahakiki
Show all...
Si Pencari Cinta

Disebabkan Permainan Cinta Seorang Insan , Engkau Lupa Akan Erti Cinta Sebenar . Si Pencari Cinta Sebenar .

Assalamualaikum semua moga semua sihat saja dan dimurahkan rezeki slalu amin ☺️
Show all...
Bismillahirahmanirrahim.... doa saya untuk semua sahabat dan diri saya... semoga Allah menerima kita dengan penuh kasih sayang, menerima taubat kita dengan penuh kecintaan, menerima pengakhiran kita dengan penuh kegembiraan, melindungi kita tatkala di alam barzakh dengan kemurahan-Nya, membangkitkan kita dari tulang sulbi dengan cinta-Nya, lantas terlindung daripada sebarang seksa dan dugaan ketika mahsyar kita pijak dengan matahari sejengkal cuma di atas kepala, bahawa tatkala melintas titian sirat, kita melintasnya sepantas kilat dan menyertai orang-orang yang diredhai Allah dalam syurga yang berhias raudhah jamilah (taman indah), juga dengan harapan mampu menyelamatkan orang-orang yang kita kasihi dan cintai di dunia hanya kerana-Nya... Aamiin ya rabbal alamiin... #selamat_malam #salam_kemaafan #mogaAllahredha ☺🌹🍃
Show all...
Jauhi akidah mujassimah dan musyabihah, yakni akidah yang menjisimkan Allah dan menyerupakan Allah dengan makhluk. Akidah kita yakni Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menyucikan Allah dari penyerupaan dengan segala makhluk. Allah tidak sama dengan makhluk. Allah menciptakan makhluk tetapi Allah tidak berhajat kepada makhluk. Allah menciptakan jisim yang besar seperti gunung dan arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada gunung dan arasy. Allah menciptakan jisim yang kecil seperti semut dan habuk tetapi Allah tidak berhajat kepada semut dan habuk. Allah menciptakan jisim yang kasar seperti kayu dan batu tetapi Allah tidak berhajat kepada kayu dan batu. Allah menciptakan jisim yang halus seperti cahaya dan kegelapan tetapi Allah tidak berhajat kepada cahaya dan kegelapan Allah menciptakan tempat, tetapi Allah tidak berhajat kepada tempat, Allah menciptakan arasy, tetapi Allah tidak berhajat kepada arasy, maka Allah tidak menempati di atas arasy kerana Allah wujud tidak bertempat. Kata seorang sahabat Rasulullah yang alim, Saydina Ali Karamallahu wajhah, mafhumnya, "Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaannya dan bukan menjadikan ia arasy sebagai menempatkan zat-Nya. Kata seorang Ulama salaf Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, mafhumnya, "Maha suci Allah dari ukuran, batas-batas akhir, sisi-sisi, anggota besar mahupun anggota kecil, dan tidak diliputi arah yang enam seperti seluruh makhluk-Nya. Allah wujud tidak bertempat الله موجود بلا مكان
Show all...
🌸بسم الله الرحمن الرحيم 🌸 💚اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم💚 🌼💕🌼💕🌼💕🌼💕🌼 🍃Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.. 🍃"Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh." *Saidina Umar Al-Khattab.* ☺💗🕊
Show all...
1 Hari 1 Hadis: PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Sunat Enam Syawal عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih Pengajaran : 1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan. 2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. 3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat Syawal boleh bermula pada dua hari raya eidil fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga 30 hb syawal. 30hb Jun 2017 06hb Syawal 1438H
Show all...
DOA@ZIKIR YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN  PADA 10 MALAM TERAKHIR للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni Mafhumnya: Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau meredhai@mengasihani orang yang meminta maaf, Maka maafkanlah aku..
Show all...
Pencinta tanpa syaratku Minggu ini, bulan ini, tahun 2017 ini, adalah saat dimana para remaja graduasi busy menjalani interview, ujian medsi bagi mendapatkan tempat melanjutkan pengajian termasuklah diri ni haaa... Sampai sahaja kat U , kalut la uruskan semua benda.. Ha kelam kabut la, bawa keluar segala dokumen, file², gambaq pasport, lampiran diri semua bg lengkap.. Alhamdulillah diri ni selamat jalani interview.. Ketaq ni jgan tnya laaa... Yg penting, settle.. Now berdoa dan tawakal.. InsyaAllah ada rezeki, ada tempat untk diri ni.. Doakan ya rakan rakan.. AMIN.. Hati ni terdetik la sikit.. Dlam suasana riuh rendah, dpat la perati keadaan sekeliling smbil tgu turn nak kena iv.. Tersedaq,ramai para pelajar ditemani ibu bapa.. Para bapa sibuk berada di bawah buat geng kedai kopi manakala para ibu pula setia disisi anak² untk bntu isi borg, keluarkan file, pegang beg, bg nasihat dll.. Abah dan ma juga setia menemani aku disana, memberi semangat dan menunjukkan diri ni tak keseorgan.. Andai satu dunia menentang, aku ada abah ma aku.. Terima kasih ALLAH kerana kurniakan mereka, pencinta tnpa syaratku.. Bg anak² diluar sana, cintailah dan sygilah pencinta tnpa syaratmu.. Andai berada disisi, hargailah setiap saat bersama dan andai sudah dijemput Ilahi, jdilah anak soleh solehah, agar dpat membntu mereka disana.. Semoga kita semua menjadi anak soleh solehah dunia akhirat semua.. #awesomegirl #alhamdulillah
Show all...
Di Syurga ada satu pintu yang dinamakan Al-Rayyan Tiada yang memasukinya melainkan orang berpuasa. Semoga kita dikalangan ahli syurga Al-Rayyan. 💕 #RamadanKareem1438H @medandakwah
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.