cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Group soklan islam

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
346Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

🍒🍇🍒🍇🍒🍇🍒 Salam.ustazah.. 🅰nk tanye boleh ke guna minyak zaiton atau minyak kelapa utk rambut...telap ke rambut ..klau mgambil air wuduk.. 2.minyak rambut yg jenis ape x boleh guna...dn x sah wuduk.. ??😄 🌏Jawapan 〰〰〰〰 📚Minyak zaitun dan minyak kelapa adalah dari sumber semulajadi dan ia menyerap ke dalam rambut atau kulit. Wudhuk sah. 📚Minyak rambut dari jenis gel atau wax juga sah wudhuk jika air dapat sampai ke kulit kepala 📚Syarat sah wudhuk ialah sampai sapuan air sampai sama ada ke rambut atau kulit kepala. Menyapu berbeza dengan membasuh. Menyapu air tidak bermakna setiap inci dah setiap helaian rambut wajib terkena air. ✍"Dan sapulah kepala kamu.." (Al Maidah : 6) 🔏 AsmahanHurzaid 🕌 @usrah_solat 🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚
Show all...
🔴Saya nk tnya Dkira cmna ye kalau koko n seurat darah mcm tali benang pd hari ke 16.. Period stop hari ke 12.. Sblm ni 1'st priod ank staun 3 bln,means bln 3. 22/3... Bln 4 xada,bln 5 priod,27/5.. 14 hri.. bln 6 xad.. ,bln 7 period plk 12/7.. 12 ari.. Cmne ye 🔵jika yakin itu sudah masuk hari ke 16 .... maka dikira sbg istiadah .... dh perlu ibadah seperti org suci y lain ...mandi hadas dulu kemudian ibadah seperti biasa .... mazhab syafiee pgg 15 hari suci dan 15 hari haid ......
Show all...
🔴Hadis ape yg mengatakan mayat akan jadi berat klu baring mase azan? UAI :- 🔵 jawab tak betul , yg betulnya tıdur masa org azan hınggan habıs waktu solat 🔴Mati susah nk mengucap bile becakap mase azan? Ada sesape tahu x? 🔵Bercakap ketıka azan makruh , sunat dıam
Show all...
🔴 Nk tye. Kalau org hindu buat kuih. Patu org islam jual. Kiranya kuih tu halal ke tak? Kuih tu xde letak babi ke apa. Tp org hindu buat. Halal x? 🔵Wslm. Tengok cara pembuatan dia. Halal bukan sahaja dari segi barang yg dia guna, tapi cara dia buat juga. Kena pastikan barang yg di pakai atau alat2 dan barang2 masakan tu dalam keadaan bersih. Maksud bersih kat sini bukan kuman sahaja, tapi juga bersih daripada digunakan untuk masak2 babi dan sebagainya. Kalau dia makan babi, suruh dia samak dulu tangan2 dia dan barang2 dia. Wallahua'lam
Show all...
💎SEINDAH MUTIARA KATA ISLAM💎 1. Perkara yang khilaf jangan dibesar-besarkan. 2. Perkara yang khilaf kita tidak boleh bincang dengan orang awam, tetapi kita kena berbincang dengan mereka yang alim. 3. Sentiasa lah kita berlapang dada dengan perkara khilaf dan bersikap husnuzon dengan orang islam yg lain. 🌸Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih Syaikhul Qurra' Asy-Syamiy Hafizhahullah🌸
Show all...
BERBANGGA DENGAN KECANTIKAN DIRI SOALAN Bolehkah seseorang itu berbangga dengan kecantikan dirinya  ? JAWAPAN Berbangga diri adalah sifat tercela yang Allah haramkan untuk manusia. Sifat itu adalah sifat orang sombong dan ego. Kita sebagai hamba-Nya tidak patutlah bersifat begitu. Manusia semuanya sama iaitu hamba Allah, bentuk kejadian kita  sama iaitu dari air mani. Kalau begitu kepada siapa dan untuk siapa kita hendak berbangga ? Sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah kerana menjadikan kita cantik . Kerana Allah cintakan kita, Kita menutup aurat , Kita membersihkan muka , Kita bersolek biar rapi , Kita mengenakan pakaian sunnah , Kita berwangi-wangian , Jika tidak kerana Allah , cantikkah kita ? Dapat tak gerakkan tangan memakai baju untuk menutup aurat  ? Segalanya kerana Allah , maka jangan lah kalian sombong . Sifat ini jika dibiarkan dalam diri, ia akan merosakkan hati. Kesan dari itu dia akan merasa dirinyalah yang paling hebat dari orang lain , lama-kelamaan dia akan lupa kepada Allah yang menjadikannya Dewasa ini kecantikan sering digunakan untuk memikat dan sebagainya. Perbuatan ini bukan saja untuk membangga diri malah untuk memikat orang lain, maka lebih besarlah dosanya. Wallahu'alam   RUJUKAN KITAB 600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA TENTANG WANITA JILID 1 PENJAWAB SOALAN -Ustazah Rohani binti Muhammad -Ustaz Ahmad Baei bin Jaafar -Ustaz Muhammad bin Abdul Rahman Lebarkan senyuman ^-^ Biar tahu , Jangan keliru ❣Officialdic_ 🎀Official_qalbunjadid #soal jawab islam
Show all...
TIADA NIKAH GANTUNG DALAM ISLAM SOALAN Apa yang dimaksudkan dengan nikah gantung ? JAWAPAN Nikah gantung tidak ada dalam Islam. Ia hanya adat Melayu yang diamalkan atas tujuan tertentu. Adat ini tidak sesuai lagi diamalkan kerana perlaksanaannya bercanggah dengan hukum dan fitrah manusia. Ia  seperti menzalimi atau menganiaya suami isteri yang baru bernikah itu. Menurut islam seorang lelaki setelah diijabkabulkan sahlah perempuan itu sebagai isterinya. Tatkala maskahwin telah diserahkan kepada isteri boleh lah suami menyentuh mana-mana bahagian pun tubuh isterinya itu. Mereka berdua boleh kemana saja malah apa yang diharamkan sebelumnya sudah menjadi halal. Nikah gantung memaksa mereka yang sudah diijabkan berpisah. Mereka boleh bersentuh tetapi tidak boleh tidur sekali, mereka boleh keluar berjalan tetapi mesti dihantar balik ke rumah dan berpisah semula. Dalam nikah gantung ini selagi mereka belum mengadakan kenduri secara rasmi pernikahan itu dianggap belum rasmi. Ibubapa mereka akan berasa malu kalau tidak buat kenduri dan jika sekiranya dalam tempoh nikah gantung itu anak mereka mengandung dianggap sebagai melanggar adat. Mereka akan sekali lagi berasa malu besar. Nikah gantung ini biasanya berlaku jika  lelaki dan perempuan masing-masing bekerja bekerja berjauhan atau masih belajar atau ada beberapa syarat yang bel terlaksana. Sebenarnya kesan dari nikah gantung ini akan mencetuskan maksiat yang lain. Apa tidaknya, jika mereka berdua tidak dapat bertemu nafsu tidak dapat dilepaskan. Akibatnya mereka akan mencari sesuatu yang haram pula. Maka syaitan akan bergembira kerana walaupun mereka sudah berkahwin namun mereka masih boleh digoda. Sepatutnya sebaik sahaja diijabkabul, serahkan kepada kebijaksanaan mereka menguruskan diri sendiri. Semoga dengan itu segala syaitan akan bersedih hati dan kecewa. Satu pengharapan dari saya agar umat islam kini sama-sama membasmi adat nikah gantung ini. Lebih baik kita pilih mudah dan baik dari memilih yang susah dan kesannya kurang baik. Islam adalah agama yang mudah. Wallahu'alam   RUJUKAN KITAB 600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA TENTANG WANITA JILID 1 PENJAWAB SOALAN -Ustazah Rohani binti Muhammad -Ustaz Ahmad Baei bin Jaafar -Ustaz Muhammad bin Abdul Rahman Lebarkan senyuman ^-^ Biar tahu , Jangan keliru ❣Officialdic_ 🎀Official_qalbunjadid #soal jawab islam
Show all...
nak betolkan sdkt. Allahyarham ✅ Allahyarhamah ❎ Tgk pada tlsan jawi jadi begini الله يرحم ✅ الله يرحمة ❎ Allah yarham khas untok semua sbb makna dia ialah Allah merahmati Jadi blhguna untok dua dua jantina kalau nakkhususpada satu jantina, mcmni Allah yarhamuhu - lelaki الله يرحمه Allah yarhamuha - wanita الله يرحمها ✌
Show all...
🔴Assalamualaikum... sesiapa boleh x tlg tuliskn bacaan duduk di antara dua sujud dalam bahasa arab beserta makna? 🔵 CUBA KITA HAYATI MAKNA DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD: *_√ ROBIGHFIRLII_*, *_√ WARHAMNII_*, *_√ WAJBURNII_*, *_√ WARFA’NII_*, *_√ WARZUQNII_*, *_√ WAHDINI_*, *_√ WA’AAFINII_*, *_√ WA’FUANNII_*. Doa ini sangat dahsyat kerana ia mencakupi keperluan kita di dunia dan di akhirat serta dibaca minima 17 kali sehari. Marilah kita merenungi maknanya: *_√ ROBIGHFIRLII_*. _Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku._ Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat untuk melangkah menuju ke redha Allah. Dosa ialah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan. *_√ WARHAMNII_*. _Sayangilah diriku._  Kalau kita disayangi اللّهُ hidup akan terasa tenang. *_√ WAJBURNII_*. _Tutuplah segala kekuranganku._ Banyak sekali kekurangan kita. Kurang syukur, kurang sabar, kurang dpt menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya. *_√ WARFA’NII_*. _Tinggikanlah darjatku._ Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang akan menghina kita. *_√ WARZUQNII_*. _Berikanlah aku rezeki._ Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan. *_√ WAHDINI_*. _Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan._ Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar daripada kita mengambil keputusan yang salah untuk kebahagiaan di dunia. *_√ WA’AAFINII_*. _Berikanlah aku kesihatan._ Apabila kita sihat, kita boleh menambah kebaikan dan manfaat kepada orang lain sebenarnya kebaikan itu lebih kepada diri kita sendiri. *_√ WA’FUANNII_*. _Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan daripada catatan._ Daripada makna doa tersebut, kita diawali doa itu dengan memohon ampun dan kita akhirinya juga dengan memohon ampun untuk menghapuskan dosa sehingga kita berharap agar kita betul-betul bersih daripada dosa. Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkannya kepada kita. *_TERKADANG YANG JADI PERSOALANNYA IALAH DI MANAKAH HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DOA ITU?_* *_DAN RAMAI ANTARA KITA TIDAK MEMAHAMI MAKNANYA_*. Semoga mesej ini bermanfaat!
Show all...
🔴Ada kawan Lia haid die habis pada hari ke enam haid.Lepas tu die mandi...Die mndi hari khamis.Pastu hari ni haid die keluar balik..Boleh solat ke tak boleh ye? 🔵 x boleh solat,sebab masih dlm tempoh haid
Show all...