cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

CHANNEL : ADMIN 1-MALAYSIA ® BANTERAS Penipu Online MALAYSIA ( Official )

CHANNEL INFORMASI https://telegram.me/BanterasPenipuOnline SUPERGROUP PERBINCANGAN https://t.me/joinchat/O-VoKmIPRKks3QpU FB PAGE https://www.facebook.com/groups/BanterasPenipuOnlineAdmin1MALAYSIA/ WA | IG | TW @BanterasPenipuOnline

Show more
Malaysia5 057The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
1 437Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1430 days
Posts Archive
Hati-hati dengan scammer yang gunakan Ai
Show all...
Warga UK dalang scammer pelaburan Oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI 22 Februari 2023 09:00am KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Menurut Azam, 24 serbuan telah dilaksanakan termasuk tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat serta kediaman ahli sindiket. "Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘imlntelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan. "Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM," katanya pada Selasa. Tambahnya, ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, UK, Afrika Selatan dan Filipina. "Mereka dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan tidak wujud," katanya. Azam berkata, modus operandi sindiket ini adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon. Katanya, ahli sindiket akan menghubungi mangsa setelah mereka klik pada pautan untuk mendaftar dalam syarikat pelaburan serta memasukkan butiran peribadi. "Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang. Bagaimanapun, ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion," ujarnya. Kata Azam lagi, selain itu, sindiket itu juga dipercayai telah menyogok pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli sindiket dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi di 'boiler room' (pusat panggilan) mereka di negara ini. Sementara itu, Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan tersebut mengesahkan seramai 11 orang individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut ditahan manakala seramai 70 orang ditahan oleh pihak imigresen. "Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan dengan anggaran jumlah sebanyak RM11 juta. "Permohonan reman terhadap semua individu akan dilaksanakan pada 22 Februari (Rabu)," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati seorang lelaki warga UK disyaki ahli sindiket bertindak nekad melompat melalui tingkap di tingkat 14 ke bumbung dan terjatuh ke tingkat 11. Tindakan lelaki terbabit mengundang padah selepas dipercayai mengalami patah tangan dan kaki.
Show all...
Laporkan segera kes penipuan yang terjadi kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 !! Mangsa yang menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam berkemungkinan akan mendapatkan semula wang telah ditipu scammer.
Show all...
Cara palang ic yang betul untuk elak IC diguna penjahat.
Show all...
“Menurut Mohd. Iqbal, kesalahan itu amat serius kerana ia bukan kaedah kutu tradisional, sebaliknya menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin". Liputan Malaysia Gazette - Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu https://bit.ly/3gIhGOr “Perniagaan Anda Bermula di SSM” #SSMprihatin #PerniagaanandabermuladiSSM #usahawanbijakusahawanberdaftar #kitajagakita #kitamestimenang
Show all...
ONLINE BUSINESS ALERT (OBA) Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat entiti perniagaan yang disyaki terlibat dengan penipuan atas talian. Senarai entiti yang disyaki boleh dilayari di bahagian 'Pautan Pantas' / 'Quick Links' di portal SSM: 🖱 https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx #SSMprihatin #PerniagaanandabermuladiSSM #usahawanbijakusahawanberdaftar #kitajagakita #kitamestimenang
Show all...
Facebook
Twitter
Instagram
YouTube
FAQs
SSM Online Business Alert (SSM OBA)​ Orang ramai perlu lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian. SSM OBA merupakan satu inisiatif dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. Pastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM. Senarai entiti yang disyaki tersebut boleh dilayari di pautan berikut:​ https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspx
Show all...
Scammer telah kene sihir oleh mangsa.
Show all...
Kena tipu dengan peniaga, tuntut di Tribunal Tuntutan Pengguna https://youtu.be/O-cDoUZM4G8 .
Show all...
Jangan buat pinjaman peribadi di media sosial https://youtu.be/b6dYF3st_qU
Show all...
Pemungut Hutang perlu patuh ‘Amalan Kutipan Hutang Yang Adil’ https://youtu.be/xYmDcv8Jse8 .
Show all...
Assalamualaikum... Saya nak minta bantuan. KLIK LINK INI https://integrately.com?ref=oczg1j SIGN UP (DAFTAR) dan VERIFY (SAHKAN) Saya sedang kumpul 500 point ni. Minta tolong tuan-tuan sign up dan verify ya. Sistem ni membantu saya laksanakan kerja-kerja automasi sistem. Sistem automasi ni boleh gunakan dengan excel dan lain-lain apps online. Yang boleh membantu bisnes online kita Bila tuan sign up, tuan akan dapat 500 point juga. Admin Banteras Penipu Online .
Show all...
Awas PENIPU kata duit dah masuk tapi masih float https://t.me/BanterasPenipuOnline .
Show all...
Ketahui hak hangpa sebagai rakyat Malaysia tentang Piagam Pelanggan PDRM https://youtu.be/Ja_Xedwo2yg PIAGAM PELANGGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Demi menzahirkan Visi dan Misi, kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan: 1. Menerima layanan di Kaunter Saringan dalam tempoh masa tidak lewat 15 minit setelah mengambil nombor giliran 2. Semua aduan dan maklumat yang diterima sama ada melalui saluran media elektronik / khidmat aduan / media massa akan diberi maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklumat diterima. 3. Kehadiran di tempat kejadian oleh First Responder dalam tempoh 13 minit. 4. Memaklumkan klasifikasi kes dalam tempoh 24 jam setelah laporan diterima. 5. Memaklumkan perkembangan siasatan dalam tempoh 14 hari setelah siasatan dijalankan. 6. Memastikan Pencegahan Jenayah Dilaksanakan Melalui Program Aktiviti Pencegahan Jenayah Bersama Sektor Swasta / NGO Di Semua Peringkat Daerah. Jom sertai kami https://t.me/BanterasPenipuOnline .
Show all...
Ketahui hak hangpa sebagai rakyat Malaysia tentang Piagam Pelanggan PDRM https://youtu.be/Ja_Xedwo2yg == PIAGAM PELANGGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA == Demi menzahirkan Visi dan Misi, kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan: 1. Menerima layanan di Kaunter Saringan dalam tempoh masa tidak lewat 15 minit setelah mengambil nombor giliran. 2. Semua aduan dan maklumat yang diterima sama ada melalui saluran media elektronik / khidmat aduan / media massa akan diberi maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklumat diterima. 3. Kehadiran di tempat kejadian oleh First Responder dalam tempoh 13 minit. 4. Memaklumkan klasifikasi kes dalam tempoh 24 jam setelah laporan diterima. 5. Memaklumkan perkembangan siasatan dalam tempoh 14 hari setelah siasatan dijalankan. 6. Memastikan Pencegahan Jenayah Dilaksanakan Melalui Program Aktiviti Pencegahan Jenayah Bersama Sektor Swasta / NGO Di Semua Peringkat Daerah. .
Show all...
Awas PENIPU kata duit dah masuk tapi masih float https://t.me/BanterasPenipuOnline .
Show all...
Awas PENIPU kata duit dah masuk tapi masih float
Show all...
As Salam Sahabat, Mohon alert, smg xde lagi sahabat lain yang teraniaya SCAMMER WANDI DANIEL ID FB : Wandi Daneil NO HP : +60 11-6987 5825 KONONNYA NO HP PENAMA WKF5704 NUR HIDAYAH BINTI ADLIN TIGA (3) ACC NO YG SCAMMER GUNAKAN 1) CIMB 7065639138 RIDZUAN ZAKUAN 2 ) BSN 1013441000094346 HISAMMUDIN 3 ) MBB 162674028285 MUHAMD FARID BIN ABDUL
Show all...
Enam individu dicari bantu siasatan kes kerugian RM1.8j SERAMAI enam inidividu kini dicari polis bagi membantu siasatan kes Macau Scam membabitkan kerugian hampir RM2 juta. Oleh NOR AINNA HAMZAH 22 Januari 2021, 4:59 pm SEREMBAN: Polis kini mencari enam individu bagi membantu siasatan kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian hampir RM2 juta yang dilaporkan pada 23 Disember tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, enam individu yang dicari itu ialah Siti Faizatul Husna Azman, 28, beralamat di Flat Sri Tioman 2, Kuala Lumpur; Bong Hann Hwa, 33, beralamat di Jalan Tiram Beladau, Ulu Tiram, Johor; dan Mohd Haniff Budiman Shabri, 32, beralamat di Jalan Hang Lekiu Dawani, Senai, Johor. Menurutnya, tiga individu lagi ialah Oh Chiew Mei, 43, beralamat di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor; Mohd Arif Palili, 41, beralamat di Jalan Labuk, Sandakan, Sabah dan Mohd Hafiz Izuan Suhaimi, 27, beralamat di Larkin Perdana, Johor Bahru. “Kesemua individu ini diperlukan bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun yang telah ditipu oleh sindiket Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM 1.8 juta di Lukut, Port Dickson. Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Aibee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung enam individu berkenaan boleh menghubungi pihak polis. Menurutnya, individu-individu yang disenaraikan juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor M. Muraly di talian 016-7839535 atau 06-6472222 bagi membantu siasatan. Sementara itu, tambahnya, dalam kes berkenaan mangsa telah menerima panggilan dari seorang lelaki pada 28 Oktober melalui nombor telefon 017-2605149 yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Albert Lai mendakwa daripada IPK Kuantan, Pahang yang memberitahu mangsa terlibat dengan kes penipuan dan pengubahan wang haram. Menurutnya, pada 31 Oktober, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Inspektor Yong dari Bukit Aman yang meminta butiran maklumat akaun simpanan yang dimiliki mangsa. Dalam tempoh berurusan bermula daripada 6 November sehingga 26 November itu, sebanyak 103 transaksi melibatkan lapan akaun bank yang berbeza serta 45 kali pengeluaran wang secara tunai menggunakan kad pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa dilakukan. -UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/enam-individu-dicari-bantu-siasatan-kes-kerugian-rm1-8j/
Show all...
Assalamualaikum. Saya nak share aplikasi budget tracker. Apps premium ni ada promosi percuma sehingga 27 Januari 2021. Apps Download dekat phone. + Sesuai untuk kegunaan peribadi. + Sesuai untuk mereka yang sering boros berbelanja. + Sesuai untuk anak-anak usia 9 tahun ke atas (Download Apps di Peranti mereka). + Sesuai untuk anak-anak sekolah menengah. KELEBIHAN + Dapat lihat rekod perbelanjaan sebenar kita setiap bulan. + Dapat latih perbelanjaan anak-anak murid merancang kewangan guna duit belanja yang ibu bapa berikan tiap minggu / Bulan + Kita ada group Komuniti Apps Untuk Urus Kewangan. DISKAUN 100% Sehingga 27 Januari 2021 Sahaja. KLIK LINK DIBAWAH 👇👇👇👇👇👇 https://osini.co/D/BmO8e7PzZQro https://osini.co/D/BmO8e7PzZQro 👆👆👆👆👆👆 Sumber asal : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1016573645498526&id=403295053493058 .
Show all...
TREN PHISHING TERKINI (AMBIL ALIH AKAUN MEDIA SOSIAL - INSTAGRAM) 1. Pengguna Instagram akan menerima DM daripada Fake Account Instagram yang menyamar sebagai Official Instagram/ Facebook. NASIHAT POLIS. 1. Jangan respon kepada link yang diberi. Ianya akan meminta anda memasukkan butiran maklumat login akaun Instagram anda iaitu Username dan Password. Kemudian, akan meminta anda memasukkan butiran login Email Address dan Password. 2. Ini adalah suatu bentuk Phishing terhadap maklumat login akaun sosial media yang mensasarkan pengguna Instagram yang kurang celik IT melalui skrip pemerdayaan yang kononnya dari pihak Facebook / Instagram. 3. Setelah pengguna Submit maklumat login details, Hacker akan memperolehi maklumat tersebut dan menggunakannya untuk mengambil alih akaun anda. Rujuk snapshots. SUMBER: https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/posts/1724857567677795
Show all...
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!