cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

CHANNEL : ADMIN 1-MALAYSIA ® BANTERAS Penipu Online MALAYSIA ( Official )

CHANNEL INFORMASI https://telegram.me/BanterasPenipuOnline SUPERGROUP PERBINCANGAN https://t.me/joinchat/O-VoKmIPRKks3QpU FB PAGE https://www.facebook.com/groups/BanterasPenipuOnlineAdmin1MALAYSIA/ WA | IG | TW @BanterasPenipuOnline

Show more
Malaysia5 057The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
1 437Subscribers
No data24 hours
-37 days
-1430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Hati-hati dengan scammer yang gunakan Ai
Show all...
Warga UK dalang scammer pelaburan Oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI 22 Februari 2023 09:00am KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Menurut Azam, 24 serbuan telah dilaksanakan termasuk tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat serta kediaman ahli sindiket. "Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘imlntelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan. "Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM," katanya pada Selasa. Tambahnya, ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, UK, Afrika Selatan dan Filipina. "Mereka dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan tidak wujud," katanya. Azam berkata, modus operandi sindiket ini adalah mencari mangsa menerusi media sosial dan panggilan telefon. Katanya, ahli sindiket akan menghubungi mangsa setelah mereka klik pada pautan untuk mendaftar dalam syarikat pelaburan serta memasukkan butiran peribadi. "Penjenayah scammer ini dipercayai telah memperoleh kira-kira AUD60 juta (kira-kira RM200 juta) hasil menipu mangsa-mangsa terlibat sejak 2019 sehingga sekarang. Bagaimanapun, ini adalah sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion," ujarnya. Kata Azam lagi, selain itu, sindiket itu juga dipercayai telah menyogok pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli sindiket dan memudahkan urusan sindiket menjalankan operasi di 'boiler room' (pusat panggilan) mereka di negara ini. Sementara itu, Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan tersebut mengesahkan seramai 11 orang individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut ditahan manakala seramai 70 orang ditahan oleh pihak imigresen. "Sebanyak 74 akaun milik individu dan syarikat dibekukan dengan anggaran jumlah sebanyak RM11 juta. "Permohonan reman terhadap semua individu akan dilaksanakan pada 22 Februari (Rabu)," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati seorang lelaki warga UK disyaki ahli sindiket bertindak nekad melompat melalui tingkap di tingkat 14 ke bumbung dan terjatuh ke tingkat 11. Tindakan lelaki terbabit mengundang padah selepas dipercayai mengalami patah tangan dan kaki.
Show all...
Laporkan segera kes penipuan yang terjadi kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 !! Mangsa yang menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam berkemungkinan akan mendapatkan semula wang telah ditipu scammer.
Show all...
Cara palang ic yang betul untuk elak IC diguna penjahat.
Show all...
“Menurut Mohd. Iqbal, kesalahan itu amat serius kerana ia bukan kaedah kutu tradisional, sebaliknya menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin". Liputan Malaysia Gazette - Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu https://bit.ly/3gIhGOr “Perniagaan Anda Bermula di SSM” #SSMprihatin #PerniagaanandabermuladiSSM #usahawanbijakusahawanberdaftar #kitajagakita #kitamestimenang
Show all...
Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur kumpulan wang kutu

Hakim Norhayati Mohamad Yunus menetapkan keputusan denda RM50,000 dan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda selepas tertuduh, Nor Jaimah Kamarudin, 38, membuat pengakuan bersalah.

Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!