cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Surirumah

Quotes Tips . . You are AWESOME 💜

Show more
Indonesia114 521The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
183Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Saat doaku dikabulkan, aku bersyukur kerana itu keinginanku. Saat doaku tidak dikabulkan, aku lebih bersyukur kerana itu keinginan Allah. Saidina Ali Abi Thalib كرم الله وجهه ~ #KalamUlama Ayuh Solat Zuhur 💕
Show all...
SUKAR MENGAWAL MARAH . . Soalan : . Saya nak mintak nasihat Ibu sikit. Kadang-kadang saya sukar nak kawal perasaan marah bila anak-anak saya 3 & 1 thn buat perangai. Bila ada sahaja rasa marah tu kadang-kadang saya cubit dan bising pada anak-anak. Tapi lepas tu mula la perasaan bersalah pada anak yang masih kecil-kecil tu. Kesian mereka. . Jawapan Ibu: . Sayang, menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kecil yang aktif, sememangnya adakalanya sukar hendak mengawal perasaan. Namun, kita perlu belajar mengawal perasaan. . Kita dikurniakan sesuatu perkara itu yang nampak baik atau buruk pada mata kita itu, sebenarnya adalah untuk kita menjadi semakin baik. Dengan melatih diri menjadi sabar dengan anak-anak, kita akan menjadi seorang yang sabar. . Bila kita berdoa supaya Tuhan memberikan kepada kita kesabaran, Tuhan tidak hanya meletakkannya di dalam hati kita. Kita dididik melalui kejadian dalam hidup kita. Jika kita ingat ini, maka kita akan lebih berusaha untuk sabar. . Formulanya, bila rasa hendak marah: . 1. Tarik nafas dan bilang sampai 5. Jika masih marah bilang sampai 15. 2. Bayangkan bila anak-anak itu sudah besar dan mereka memuji bagaimana anda membesarkan mereka dgn penuh kesabaran. 3. Baca surah Al-Fatihah dan 5 ayat pertama surah TAHA. Kemudian cuba lihat the funny side of what they are doing. You will feel so bless to have them. . Marah tu memanaskan kerana ia digemburkan oleh iblis yang dibuat dpd api. Oleh itu, padamkan api itu dengan berzikir. Jika yang bukan muslim, lakukannya dengan gambaran yang menyejukan hati. Semoga Allah menguatkan iman dan kasih sayang di dalam hati kita semua. Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram @iburoselove
Show all...
Sayang Semua, Adakalanya kita hilang kesabaran di dalam mendidik anak-anak yang kita kasihi. Mungkin kerana kita dilanda stress yang besar atau masalah yang menghantui fikiran atau kita saja hilang kawalan. Untuk tidak memburukkan keadaan. Pertama - jika anda muslim, maka beristifarlah. - jika anda bukan muslim, bacalah doa anda. Kedua - Maafkan diri anda. Ketiga - Kuatkan kembali semangat anda dan katakan saya menjadi semakin sabar setiap hari dan saya melakukan perkara yang membantu saya bertambah sabar. Keempat - pergi cium kembali anak anda dan jika anda telah keterlaluan cara sebentar tadi, nyatakan anda minta maaf dan peluklah anak anda itu dengan penuh rasa bersyukur. Jangan pula meratap dan keterlaluan mengutuk diri. Maaf yang dipinta adalah sekadar untuk anak itu tahu anda tersilap dan anda mengaku kesilapan anda dan anda membetulkan diri anda. Dan yang penting, anak itu merasakan dia dikasihi dan dia seorang anak yang baik. People make mistake but not many people take ownership of their mistake and improve. Most will blame others and become worse every day. Salam Sayang, Ibu Rose #BetterParentBetterChildren #BPBC Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram @iburoselove
Show all...
"Bumi Allah amatlah luas, namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasapun menjadi terasa sempit" [Imam Asy-Syafie ‎رحمه الله تعالى]
Show all...
Alhamdulilah Semoga kita bersyukurlah apa yang kita miliki. Assalamualaikum para surirumah
Show all...
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara.. 1) tangan adalah aurat. 2) kaki juga adalah aurat. 3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada. Perempuan selalu alpa dua perkara.. 1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan. 2) tidak memakai stokin. Dan perempuan leka tentang dua perkara.. 1) aurat mereka adalah maruah mereka. 2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati. Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia. "Perempuan" Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia. Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia. Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia. Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia. Ehh.... apa salah dia? Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial. Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.. Dan... Perempuan jgk selalu lupa dan leka...dgn nasihat suami tentang aurat dan maruahnya...serta maruah suaminya...
Show all...
Iya☝✔CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH :LIKE - SHARE - SAVE FOR RAMADHAN: Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah.. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. ● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid. ● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula. ● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga. Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye: SOLAT SUNAT TERAWIH ~~~~~~~~~~~~~~~~~ ● Niatnya : أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” ● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam. ● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. ● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan. SOLAT SUNAT WITIR ~~~~~~~~~~~~~~~ Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain. ● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ "Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala" ● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ "Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala" ● Zikir Selepas Solat Witir سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x] ● Doa Solat Witir "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.. Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. SEMOGA BERMANFAAT... . . LIKE & SHARE & SAVE utk tatapan Sepanjang Ramadhan nnt.
Show all...
Nak Hijrah? Hati kena kuat sahabat. Doa hari hari Hanya Allah tempat mengadu. Ada masa mungkin rasa tercabar dan putus asa. Tapi jangan lama lama layan perasaan. Bimbang Anda karam di lautan. @Surirumah
Show all...